Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Monday, September 14, 2009

Hormati janji dana kata-kata sendiri



Orang yang megotakan janji dan kata-kata yang diluahkan adalah merupakan orang yang terhormat dan akan dipandang tinggi oleh orang lain kerana mereka merasakan kebolehan amanah dan mempercayai kita. Orang yang sentiasa memungkiri janji pula adalah orang yang menghina diri sendiri dan meletakkan dirinya jauh dibawah dan selalu mendapat kebencian dari orang yang mengharapkan janji tersebut ditunaikan.

Maka dengan ini manusia boleh dinilai dengan janji yang dipegangnya. Janji itu juga selalu mencerminkan maruah diri. Oleh itu orang yang memungkiri janji adalah orang yang tidak bermaruah dan sukar untuk dipercayai oleh orang lain pada masa akan datang. Ingatlah dengan kata pepatah harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.

Oleh itu hormatilah diri kita sebelum kita menghormati orang lain dan sentiasalah beringat setiap kata-kata melambangkan marauah diri. Janganlah sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar dan tidak mampu dikotakan. Jangan sesekali juga memberi harapan palsu, kerana hati mereka yng mengharap akan terluka dengan janji kosong yang dilemparkan.

Semoga beringat dan laksanakan....

Sunday, September 13, 2009

Bersihkan hati



Hati yang bersih akan terserlah pada wajah yang tenang. Hati dan air muka mengandungi dua perkara yang tidak mungkin dapat dibohongi atau disembunyikan. Kalau kita membenci seseorang itu walaupun senyuman kita manis namun tetap terselit juga wajah kebencian. Begitulah juga perasaan yang ada dalam hati. Lebih-lebih lagi perasaan cinta. Sekiranya kita bahagia dengan pasangan kita maka kehidupan seakan syurga baginya. Tetapi sekiranya kita gagal dalam bercinta maka diri seakan tidak mampu meneruskan hidup dan menganggap dialah satu-satunya yang paling jahat.

Punca segala penyakit adalah hati, Sekiranya hati kita kotor maka kotorlah juga tingkah laku, pemikiran dan hasad dengki. Apa guna kita berhasad dengki. Sesungguhnya orang yang tidak bersih hatinya akan hidup didalam kedukaan sepanjang hayatnya. Maka jagalah hati dari segala perbuatan kotor samaada ia lahir dari fizikal mahupun mental kita. Jagalah juga hati dari aspek pemakanan. Makanan yang halal mampu membekalkan dan menjadikan hati suci dan sebaliknya berlaku sekiranya makanan haram dibekalkan kedalam hati kita, maka hati kita melahirkan perbuatan yang buruk

Persahabatan kita


Gambar dipetik dari blog Nazkha


Persahabatan merupakan suatu pertalian erat antara kita sebagai manusia dengan manusia yang lain. Bukan itu sahaja malahan persahabatan juga turut tererat antara kita sebagai manusia dengan makhluk tuhan yang lain seperti kucing, kuda, tikus dan sebagainya. Tetapi persahabatan yang paling utama yang kita perlu letakkan adalah persahabatan kita terhadap pencipta. KeranaNya lah kita mampu hidup dalam keadaan baik, diberi kesihatan hidup supaya mudah mencari rezeki di bumi Allah dan Allah juga memberikan kita pelbagai kenikmatan yang kita sendiri tidak mampu mengira dengan jari sekalipun.

10. Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam Segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di Akhirat).


Tetapi apa yang ingin dikongsikan disini adalah tentang persahabatan antara kita sebagai manusia dengan individu yang lain. Di negara yang kita duduki ini adalah sangat istimewa berbanding negara-negara yang lain. Negara Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan agama serta budaya. Integrasi perlu ditekankan untuk menjamin kebahagiaan negara yang berpanjangan. Pemimpin hendaklah sentiasa bersikap adil dalam memimpin negara dan tidak mengira warna kulit dan sebagainya.

Skop diperkecilkan lagi didalam perbincangan menjadi sebuah tali persahabatan antara kita dengan sahabat kita yang lain. Banyak tanggungjawab dan amanah yang kita pegang dalam menjaga hubungan suci ini. Antaranya amanah dalam menyimpan rahsia, maruah dan sebagainya. Kita sebagai sahabat yang mengingini apa yang terbaik untuk sahabat yang lain haruslah menegur kesilapan sahabat kita dengan berhikmah dan bijaksana. Teguran yang berasas dan berhikmah mampu sedikit sebanyak membawa sahabat kita keluar dari belenggu kemaksiatan. Kita juga dikehendaki menyimpan rahsia sahabat kita sekiranya luahan diberi pada kita. Luahan yang diberikan bermaksud kepercayaan individu terhadap sahabatnya adalah tinggi. Jadi janganlah merosakkan atau meruntuhkan kepercayaan yang telah diberikan.

Sebagai seorang manusia kita bukan sahaja memilih sahabat yang terbaik untuk berada disisi kita sambil berkongsi suka duka. Tetapi sahabat yang telah terpesong agama mahupun perbuatannya juga hendaklah dihubungkan dengan tali silahturrahim agar kita mampu membawanya kembali ke jalan yang benar dimana sedikit sebanyak nasihat dan tunjuk ajar yang baik mampu mengubah hati dan nurani sahabat itu tadi.

Template by:
Free Blog Templates