Tugasan : Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik
Pengajaran yang berkesan di dalam bilik darjah boleh meningkatkan tahap prestasi pelajar kepada yang lebih baik bagi setiap mata pelajaran yang diambil di sekolah. Hal ini disebabkan apabila pelajar itu tertarik dengan cara pengajaran oleh guru tersebut maka prestasi pelajar itu akan meningkat dan seterusnya akan mudah difahami oleh pelajar. Sesi pembelajaran yang berteraskan sistem pembelajaran didalam kelas sahaja tidak mampu untuk meningkatkan prestasi pelajar tetapi penambahan sistem pembelajaran melalui aktiviti kokurikulum mampu meransang minat pelajar dalam aktiviti atau bidang yang pelajar itu minati.Contohnya seperti permainan catur yang mampu membina minda pelajar untuk lebih kreatif dan berdaya saing dalam pembelajaran. Oleh itu pemikiran yang kreatif ini hendaklah dijana oleh guru dalam apa jua aspek dan cara mengikut sukatan dan huraian yang telah dibekalkan pada setiap guru.
Antara factor yang menyumbang kepada pengajaran yang berkesan adalah guru bijak dalam menggunakan bantuan alat bantu mengajar (ABM). Alat-alat ini mampu memberikan pelajar rasa minat untuk belajar dan tidak mudah bosan. Alat bantu mengajar ini memberikan pelajar mudah mengingat sesuatu subjek yang dipelajari dan mudah untuk difahami. ABM yang biasa digunakan didalam sesebuah sekolah adalah seperti kad imbasan, gambar, VCD dan sebagainya. Alatan seperti ini kebanyakan telah disediakan oleh pihak sekolah untuk memudahkan guru-guru j-QAF mengajar.
Kemahiran menyoal adalah kemahiran yang penting dalam aktiviti pengajaran dimana ia adalah antara factor terbesar yang mampu membina semangat untuk belajar. Pembentukan soalan yang diberikan oleh guru hendaklah tepat, jelas dan ringkas. Guru pula hendaklah melayan jawapan dengan memberikan pujian dan sekiranya jawapan yang diberikan salah maka guru hendaklah baiki jawapan murid. Begitu juga dengan kemahiran menerang dan kemahiran-kemahiran lain yang mesti dikuasai oleh guru bagi menarik perhatian murid
Selain itu sudut membaca yang ada didalam kelas memberikan peningkatan minat membaca terhadap pelajar. Ruang membaca yang mempunyai buku-buku cerita akan menanamkan minat membaca dikalangan pelajar samada dirumah mahupun disekolah. Di sekolah ruang membaca pelajar dapat diisi terutama ketika guru tiada didalam kelas atau semasa rehat. Beberapa program juga turut dijalankan dikebanyakan sekolah seperti program mari membaca dimana murid dikehendaki membaca buku dan direkodkan oleh guru. Pelajar yang mempunyai bilangan buku yang paling banyak dibaca akan diberikan ganjaran oleh pihak sekolah.
Kebersihan kelas juga menyumbang kepada faktor pengajaran berkesan. Bilik darjah yang bersih memberikan inspirasi kepada murid semasa belajar. Di sini guru memainkan peranan dalam memberikan dorongan kepada murid untuk bersama-sama menceriakan bilik darjah masing-masing. Tahap keceriaan dalam sesebuah bilik darjah akan menjadi lebih menarik apabila diwujudkan satu sudut ‘Mari Membaca’ dimana sudut ini diletakkan beberapa buah buku cerita, artikal dan akhbar bagi merangsang murid didalam kelas untuk membaca dan seterusnya menanamkan minat membaca dikalangan pelajar.
Selain itu, budaya memperkayakan bahasa di sekolah juga merupakan penyumbang besar kepada pengajaran berkesan. Budaya yang digarapkan di sekolah seperti mengadakan minggu bahasa melayu akan memantapkan lagi bahasa dikalangan pelajar. Begitu juga dengan minggu bahasa Inggeris dan minggu bahasa arab. Dengan adanya program minggu bahasa yang dijalankn disekolah maka ia akan memudahkan pelaksanaan pembelajaran di sekolah.
Aktiviti pelajaran juga memainkan peranan. Pelajaran yang diselangi dengan aktiviti hiburan akan lebih menarik minat pelajar untuk belajar dalam sesi pembelajaran yang dijalankan. Pelajar tidak akan merasa bosan dengan pengajaran yang sedang berlangsung. Aktiviti yang berasaskan hiburan sesuai dijalankan untuk pelajar ditahap 1. Ia berlainan dengan alat bantu mengajar yang lebih diberi fokus dengan mengajar menggunakan bahan yang disediakan oleh guru tersebut. Tetapi aktiviti hiburan yang menceriakan dan menguji minda ini adalah seperti menyanyi, berlakon dan sebagainya.
Selain itu, pihak guru atau sekolah boleh mewujudkan medan info di sekeliling perkarangan sekolah bagi menggalakkan setiap pelajar untuk membaca info-info berkenaan dengan pelajaran. Ia juga sebagai alat rujukan dan tambahan maklumat untuk pelajar secara umumnya disekolah. Pelajar dapat melihat dan menjadikan papan maklumat yang mengandungi informasi sebagai alat rujukan pada masa lapang. Contohnya pihak sekolah melukis mural di dinding-dinding bangunan sekolah dengan mural yang berkaitan bercirikan mata pelajaran bahasa Melayu seperti pepatah melayu, pantun, dan sebagainya.
Selain itu aktiviti luar adalah amat digalakkan. Aktiviti luar yang menarik mampu menjadi nilai tambah pada murid untuk belajar dengan lebih tekun. Contonya aktiviti lawatan ke Zoo dan guru mengadakan sedikit pembelajaran selama lima ke sepuluh minit sebagai maklumat tambahan kepada pelajar. Aktiviti praktikal seperti ini mampu menguatkan ingatan pelajar dalam pembelajaran. Misalnya melawat ke kandang harimau. Guru memberikan sedikit sebanyak maklumat tentang harimau dan dalam masa yang sama guru membuat kuiz untuk menguji tahap kefahaman pelajar.
Begitu juga peranan ibu bapa dalam menyumbang pengajaran berkesan pada murid-murid. Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa memberikan respon yang baik ketika ditanya anak-anak mereka. Contoh yang dapat dilihat disini adalah seperti apabila guru memberikan tugasan kepada murid-murid maka mereka hendaklah menyempurnakan tugasan itu. Ibu bapa pula hendaklah memastikan tugasan yang disediakan guru kepada anak mereka siap. Disamping itu mereka boleh memberi respon yang membina untuk membantu tugasan anak-anak mereka sekiranya mereka tidak memahami kehendak soalan.
Penggunaan teknologi maklumat juga adalah factor yang mana mampu menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar.Pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat juga adalah seperti internet. Tetapi pihak ibu bapa dan keluarga hendaklah memastikan anak-anak mereka melayari internet dengan betul kerana kebanyakan anak-anak apabila mereka tidak dipantau ketika menggunakan internet mereka mudah mengakses laman-laman web porno, dan laman-laman web yang melalaikan pelajar itu sendiri.
Jadual belajar yang berkesan yang dibekalkan guru juga adalah penting untuk mendorong murid belajar dengan baik. Apa yang penting jadual tersebut mempunyai ruang untuk pelajar istirehat dan bukan dibekalkan dengan jadual belajar yang berterusan. Jadual belajar yang berterusan menyebabkan pelajar akan mula rasa hilang minat untuk belajar.
Aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk aktif dalam badan beruniform dan persatuan serta kelab. Bukan itu sahaja malahan mereka juga akan aktif dalam bersukan. Sekolah boleh menghantar murid yang mempunyai bakat yang tinggi dalam mana-mana bidang untuk ke peringkat sekolah dan ke peringkat seterusnya. Melalui aktiviti seumpama ini minda pelajar akan cergas dan aktif dalam menerima pembelajaran harian
Faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah banyak yang mana ia mampu mendorong murid untuk belajar dengan baik dan cemerlang. Faktor dan peranan daripada guru dan ibu bapa adalah antara yang terpenting yang mana ia mampu menyumbang seseorang murid itu untuk belajar dengan lebih baik. Selain itu, factor-faktor lain seperti alat bantu mengajar, mengadakan aktiviti tambahan dan sebagainya juga boleh menyumbang kepada dorongan pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Oleh itu, sekiranya factor-faktor ini di titik beratkan oleh setiap guru mahupun mereka yang berkenaan maka prestasi murid akan bertambah cemerlang dan sekolah akan terbilang