Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, September 11, 2009

Dunia talifon dan kita sebagai pengguna

Alexender Gramham Bell yang merupakan seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan



Dunia sentiasa mengejar pembangunan dan manusia sentiasa dibelakang arus pemodenan dan sentiasa menjejaki arus pemodenan. Begitu juga dengan media komuniksasi yang merupakan alat perhubungan yang suatu ketika dahulu telah pertama kali dicipta oleh Alaxender Graham Bell

Talifon kini mudah didapati dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur. Bukan sahaja kerana peranannya yang mudah alih bahkan kerana sifatnya mudah digunakan untuk berkomunikasi dengan orang yang disayangi atau atas dasar urusan di seberang laut mahupun di sempadan dunia.

Tapi ada kalanya masa penggunaannya tidak diambil berat oleh kebanyakan pengguna talifon kini. Pengguna talifon seharusnya bijak mengendalikan talifon terutama dalam membuat panggilan atau menerima panggilan supaya sedikit sebanyak tidak mengganggu orang lain.

Antaranya pengguna seharusnya mengetahui tujuan membuat panggilan. Jika tidak keberatan pengguna digalakkan mencatatkan segala pertanyaan yang mahu diutarakan dan maklumat yang berkaitan supaya panggilan kedua tidak dibuat untuk bertanyakan lagi soalan yang lain dalam topik yang sama.

Begitu juga dalam situasi memulakan perbualan. Saat ketika didalam talian pastikan salam diberikan dahulu sekiranya orang yang dihubungi adalah orang Islam. Sekiranya non muslim pula pastikan ucapan selamat diberikan kepada individu terbabit. Pengguna juga hendaklah memastikan semua pertanyaan disuarakan dengan penuh hemah. Gelaran yang baik hendaklah diberikan ketika memulakan perbualan seperti encik, Datuk, puan dan sebagainya sekiranya penerima panggilan mempunyai gelaran tersebut. Pada akhir perbualan pula pastikan ucapan terima kasih dilahirkan supaya sebagai pengguna kita tidak disifatkan sebagai mementingkan diri sendiri. Sebenarnya cara perbualan di talifon merupakan dan menandakan keperibadian kita. Sebagai seorang yang bergelar Islam kita hendaklah memberikan tauladan yang baik kepada semua umat manusia.

Nada dering juga merupakan salah satu titik yang harus diambil berat oleh pengguna talian. Kecanggihan zaman teknologi memungkinkan pelbagai nada dering talifon boleh digunakan. walau secanggih mana ia haris dimatikan atau ditukar pada mod senyap ketika pengguna berada di Masjid, tempat mesyuarat atau tempat-tempat tertentu yang lain sebagai menghormati. Caller ringtone juga memainkan peranan kerana caller ringtone akan didengari oleh pemanggil. Persepsi akan diberikan oleh mereka kerana caller ringtone juga menjadi salah satu cara untuk membolehkan seseorang menilai kita sebagai pemilik talifon.

Selain itu memilih waktu yang sesuai penting agar kita sebagai pemanggil tidak mengganggu hak privasi seseorang penerima panggilan. Oleh itu sebelum menghubungi seseorang kita seharusnya memastikan sama ada waktu yang digunakan sesuai atau tidak. Waktu seperti tengah malam atau semasa maghrib serta subuh adalah waktu yang tidak sesuai untuk menghubungi seseorang kerana ia merupakan waktu rehat serta waktu beramal ibadah. Panggilan hanya dibenarkan sekiranya mempunyai berita-berita kecemasan yang perlu disampaikan atau gunakan Sistem Pesanan Ringkas (sms).

Talifon juga merupakan hak peribadi seseorang. Sekiranya ada pemilik talifon yang tertinggal talifon dimana-mana sahaja maka kita sebagai orang Islam hendaklah amanah dengan memulangkan kepada pemilik tersebut dan bukan dengan menjadikan ia sebagai hak peribadi kita.

Begitulah sedikit sebanyak perkara yang harus diambil berat oleh pengguna talifon bukan sahaja kepada pengguna mudah alih bahkan pengguna talian tetap yang kebanyakan menghabiskan masa diwaktu-waktu pejabat.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates