Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 28, 2009

Perubahan wanita


Pada zaman jahiliyyah dahulu iaitu sebelum datangnya agama yang benar iaitu Islam, wanita telah dianggap sebagai gender yang hina. Kedudukan mereka diletakkan begitu rendah pada pandangan masyarakat. Mereka tidak mempunyai tempat disisi masyarakat. Pada zaman jahiliyyah juga kelahiran bayi perempuan menampakkan kekecewaan diwajah ibu bapa kerana bagi mereka wanita membawa kemudaratan dan kesusahan.

Ini juga jelas dilihat didalam sistem perundangan negara dan agama dimana mereka tidak diberikan pengiktirafan yang selayaknya untuk kaum wanita. Antara perundangan yang meletakkan wanita pada kedudukan yang hina adalah seperti tamadun India dimana kaum wanita ketika itu diharamkan dalam pembahagian serta pemberian harta pusaka. Darjah serendah hamba juga diletakkan oleh tamadun agama Yahudi kepada kaum wanita dimana kaum wanita dianggap sebagai punca keluarnya Adam dari Syurga dan seterusnya dicampakkan ke dunia. Tidak kurang teruknya jika kita melihat pemimpin-pemimpin keagamaan Kristian digereja yang memberikan hak pada para suami untuk memperdagangkan isteri mereka kepada lelaki lain dengan bayaran tertentu bagi mendapatkan sedikit sebanyak habuan.

Maka Islam adalah merupakan satusatunya agama yang mengangkat kedudukan serta menghargai kaum wanita dan meletakkan mereka ditempat yang paling mulia. Dan sekarang kita melihat ada benarnya juga dengan pepatah Melayu " Tangan yang menghayun buaian juga mampu menggincang dunia". Itulah pepatah yang seringkali didengari dan ia merupakan sebuah senario yang telah berlaku pada masa kini. Wanita dahulu kebanyakannya menghabiskan masa mereka di rumah selepas menjalani alam rumahtangga. Mereka juga dikenali sebagai "penghuni tetap ceruk dapur". istilah yang berpadanan dengan apa yang berlaku pada ketika itu. Tetapi kini wanita telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan ummah. Ini menjadikan kedudukan wanita kini duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki.

Anjakan paradigma dalam kehidupan telah menjadikan kaum wanita kini lebih bersifat multi functional disebabkan peranan yang dimainkan oleh mereka adalah pelbagai. Merekalah ibu, kakak, dan adik serta dalam masa yang sama bertindak sebagai wanita yang berkarier yang memberikan sumbangan pada agama, bangsa dan negara. Keterlibatan mereka didalam dunia pekerjaan telah diterima oleh masyarakat Islam moden pada hari ini. Wanita-wanita inilah yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ummah terutama dalam membangunkan ekonomi masyarakat yang dikekang kemiskinan. Wanita jugalah yang sentiasa memainkan peranannya dalam dunia keibuan mereka. Mereka merupakan pendidik kepada anak-anak dan peranan yang pelbagai lagi telah dimainkan oleh wanita pada masa kini

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates