Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Sunday, September 13, 2009

Nafsu Songsang Pengkid



Gambar dari Image google

Apa itu Pengkid? Tentu ramai yang telah mengenali dunia pengkid secara umum. Tapi itulah pengkid. Mereka seringkali memburu gadis yang berperwatakan menarik dan berpakaian seksi untuk dijadikan teman hidup. Mereka tampil dengan gaya yang kemas tetapi berpenampilan pelik. Mereka juga gemar memakai baju bersaiz XL walaupun tubuh badan mereka kurus. Mereka juga suka memilih seluar jeans berjenama mahal seperti Levi's dan tampil dengan rambut ala 'bob' dipotong pendek, disikat ala mencacak dan berwarna perang. Dalam jiwa mereka mempunyai cinta yang luar biasa dimana mereka sanggup mempertahankan cinta. Tapi hakikat sebenar mereka bukanlah "lelaki sejati" tetapi mereka merupakan wanita yang bertopengkan lelaki yang dikenali sebagai pengkid. Mereka seolah mengubah fitrah semulajadi wanita yang diberikan oleh Allah terhadap diri mereka.

Menurut Mokhtaruddin Mohd. Said, Penaung Pondok Penyayang Raudah yang bertanggungjawab memulihkan 800 orang pengkid di seluruh negara berkata gaya hidup yang ditonjolkan oleh pengkid merupakan transformasi perlakuan songsang golongan lesbian dan istilah pengkid hanya wujud dinegara ini..

Walaupun masyarakat memandang hina atau rasa kurang senang namun mereka merasakan apa yang mereka lakukan bukanlah jenayah dan tidak membahayakan orang lain. Mereka sekadar mencurahkan kasih sayang kepada pasangan sahaja.

1 comments:

Anonymous said...

astaghfirullahalazimmm...
kalu x malu kat orang skalipun, malu la kat tudung tu..huhuhuhu
smoga Allah mmberikan hidayah kpd mereka2 ini..
AMINNN

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates