Dakwah seperti mana yang kita lihat sekarang adalah telah melalui beberapa perkembangan kesan daripada teknologi yang terhasil pada hari ini. Dahulu sekiranya kita kembali kepada zaman sebelum tercetusnya teknologi, dakwah telah disampaikan di kedai-kedai kopi sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Hasan al-Bana pencetus kepada gerakan Ikhwaul Muslim. Bukan itu sahaja malahan dakwah juga disampaikan kepada orang ramai melalui masjid, surau dan sebagainya.
Dunia kini telah berjalan mengikut rentak teknologi terbaru. Begitu juga dengan dakwah, seharusnya dakwah yang dijalankan hendaklah mengandungi unsur teknologi didalam penyampaiannya agar sasaran yang didakwahkan tidaklah seakan bosan dengan penyampaian dakwah yang disampaikan.
Baru-baru ini peserta LAD Muslim telah menjalankan program selama tiga hari dua malam di Felda Tersang dimana sepanjang hari Felda Tersang diisi dengan program-program yang berbetuk ilmiah serta dakwah. Antara salah satu program pengisian adalah berbentuk ceramah yang mana Mejar Khairul Azmi sebagai penceramah pada malam tersebut telah menggunakan LCD, microsoft power point serta alunan muzik dakwah sebagai jalan menarik perhatian pendengar dikalangan jemaah masjid. Bahan teknologi yang digunakan mampu menarik pendengar untuk mendengar ceramah. Alunan irama yang dipasang bersama dengan layar yang memaparkan sedikit sebanyak kisah nabi mampu menyentuh hati pendengar ketika itu.
Itulah kemajuan teknologi yang boleh diaplikasi didalam berdakwah. Bukan sahaja melalui teknologi LCD malahan melalui akhbar-akhbar dan majalah-majalah Islam. Dengan itu dakwah mudah tersebar dan mendapat tempat.

0 comments:
Post a Comment