Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Saturday, August 22, 2009

Revolusi Komunikasi

Dengan kemunculan dan penerimaan akhbar massa, arus kegiatan komunikasi manusia mula meningkat dengan derasnya. Pada pertengahan abad ke-19, alat telegraf telah menjadi suatu kenyataan. Walaupun bukan suatu media massa komunikasi, alat ini merupakan unsur penting dalam pengumpulan teknologi yang akhirnya menuju kepada media massa elektronik. Beberapa dekad kemudian percubaan-percubaan dilakukan dengan jayanya sebagai permulaan kepada wayang gambar dan wayarles telegraf. Terbitnya fajar pada abad ke-2o, masyarakat barat mengalami kemajuan teknik komunikasi . Pada dekat pertama abad yang baru ini, wayang gambar menjadi suatu bentuk hiburan untuk sekeluarga. Ini diikuti oleh perkembagan radio pada tahun 1920 dan diikuti pula dengan penciptaan televisyen pada tahun-tahun 1940 an. Menjelang awal tahun 1950 an, radio telah berjaya menembusi setiap rumah di Amerika. Televisyen pula telah mencapai tahap tepu pada akhir 1950 dan 60 an. Menjelang 1970 an televisyen pula berjaya menembusi hampir setiap rumah di Amerika Syarikat dan perkembangan pesat di tempat-tempat lain.

Gambaran ringkas tentang tahap-tahap utama dalam keupayaan manusia berkomunikasi menunjukkan dua faktor penting. Pertama, revolusi komunikasi telah berlaku sepanjang sejarah manusia. setiap media baru menyediakan suatu cara untuk membawa kepada perubahan penting dalam pengurusan masyarakat dan pengumpulan budaya. Kedua kebangkitan media massa yang merupakan revolusi yang terbaru, sebahagian besarnya berlaku tidak berapa lama dahulu. Kebanyakan dari peristiwa-peristiwa pentingnya berlaku semasa hayat kita.

Kemunculan suratkhabar, radio dan televisyen mewakili perubahan teknologi yang mempunyai kesan yang lebih bererti kepada rakyat jelata daripada pencapaian yang penting dalam bidang sains. Dengan terciptanya satelit dan shuttle yang melintasi ruang angkasa, kita lupa akan hakikat bahawa pencapaian itu adalah asing daripada aktiviti-aktiviti rutin bagi sebahagian besar masyarakat. Televisyen sebaliknya, adalah suatu alat teknologi yang mempunyai kesan yang langsung dan segera. Kanak-kanak dalam masyarakat kita , secara purata menghabiskan masa lebih 20 jam seminggu menonton apa yang dihidangkan olehnya. Sekurang-kurangnya kehadiran televisyen dan media yang merupakan pembaharuan menyebabkan manusia menguruskan kehidupan mereka mengikut pola-pola yang berlainan.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates