Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 28, 2009

Peranan ibu bapa


Anak-anak ibarat kain putih yang dicorak oleh ibu bapanya. Maka apabila anak-anak itu dwasa maka mereka akan mencorakkan diri mereka. Mereka akan cuba mengubah serta melakar apa yang mereka telah mereka ajari sejak kecil. Sekiranya baik lakaran yang dicorakkan ibu bapa mereka maka baiklah hasil corakan anak-anak mereka setelah dewasa tetapi sekiranya corak-corak mazmumah telah dilakarkan oleh ibu bapa maka akan terkesanlah corak ketika anak-anak menjadi dewasa.

Oleh kerana ibu bapa paling banyak meluangkan masa bersama anak-anak mereka maka ibu bapalah yang sebenarnya merupakan pendidik yang paling berpengaruh dalam pendidikan untuk anak-anak mereka. Sekiranya di sekolah anak-anak dididik oleh guru hanya pada waktu persekolahan tetapi sebaliknya diwaktu yang lain pula anak-anak lebih bersama ibu bapa dan melihat sendiri pergerakan baik buruk yang diberi ibu bapa dalam kehidupannya. Ibu bapa terdedah untuk dilihat dan diteladani oleh anak-anak mereka. Ini bermaksud setiap kali perbuatan mahupun perkataan yang dihasilkan oleh ibu bapa mampu terkesan kepada anak-anak untuk mengikutinya.

Disinilah jelas kita lihat peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam membentuk anak-anak mereka. Pembentukan akhlak, perbuatan serta jati diri anak-anak itu bukanlah dilahirkan dengan memberikan pendidikan pelajaran semata-mata. Ini kerana setinggi mana anak-anak ini diberi pendidikan tetapi sekiranya tidak diteguhkan dengan iman sejak dari kecil maka terkesanlah anak itu dengan perkara negatif. Contohnya sekiranya anak yang dilahirkan itu menjadi seorang peguam yang menerima pendidikan dari Universiti luar negara tetapi sekiranya tidak diletakkan asas iman yang kukuh maka tidak mustahil anak tersebut akan mengadili seseorang didalam kesnya dengan tidak saksama.

Oleh sebab itu, maka ibu bapa seharusnya memberikan didikan syariat yang sempurna sejak dari kandungan lagi seperti mana kata pepatah melayu "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" supaya anak-anak yang dibesarkan itu tidak mudah terpedaya dengan gejala-gejala negatif. Apabila anak tersebut meningkat remaja maka ajarlah mereka dengan ilmu-ilmu agama seperti dalam bidang syariah, akidah dan akhlak supaya ajaran agama yang diberikan dapat diaplikasikan dalam kehidupan mereka seterusnya mengamalkannya. Pengamalan yang dilaksanakan setiap hari mampu memberi tahap iman yang tinggi sekiranya mereka melalui jalan-jalan gejala yang merosakkan.

Peranan yang dimainkan ibu bapa mampu memberikan kehidupan bahagia

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates