Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Monday, August 10, 2009

Gejala Khusyuk

Gejala khusyuk berlaku apabila dalam proses menjalankan sesuatu tugas seseorang itu menjadi sangat asyik sehingga dia lupa semua perkara lain.

Tugas yang dapat mencipta keasyikan adalah tugas yang sempurna pemerkayaannya. Pengalaman khusyuk berlaku apabila seseorang itu berada pada puncak prestasinya. seluruh fikiran dan perasaan si pekerja difokuskan pada tugas yang dijalankannya maka oleh itu prestasinya pada ketika itu berada pada tahap tertinggi. Dalam keadaan khusyuk semua yang dibuatnya adalah benar belaka. Ciri-ciri pekerja yang sedang khusyuk bekerja ialah

1) Dia sedang menghadapi kerja yang amat mencabar.
2) Dia tahu apa dengan tepat dan jelas yang mahu dicapainya.
3) Wujud maklum balas yang berterusan sepanjang dia melakukan tugas itu.
4) Fikiran dan perasaannya hanya tertumpu pada apa yang sedang dilakukannya.

Bagi seseorang yang mengalami rasa khusyuk dengan tugas-tugasnya dia mendapat rasa puas hati yang amat tinggi dengan kerja-kerjanya. Semangat kerjanya amat tinggi, tanpa mengira sama ada hasil daya usahanya itu mendapat ganjaranwang yang banyak, prestij ataupun status.

Pengalaman khusyuk lazimnya lebih sering dialami oleh seseorang yang menjalankan tugas-tugas yang bersifat kreatif seperti bidang seni dan sukan. Itu tidak pula bermakna tugas-tugas dalam bidang lain seperti bidang-bidang teknikal tidak berupaya mencipta kekhusyukanya.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates