Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Saturday, July 25, 2009

Isu Muamalat

Definisi ekonomi Islam dan Konvensional

Definisi ekonomi secara umumnya dibayangkan sebagai penjimatan perbelanjaan berkaitan dengan wang. Walau bagaimanapun perkataan eco dan nomos. Perkataan eco adalah daripada perkataan Greek oikos yang dimaksudkan sebagai rumah atau tempat tinggal. Perkataan nomos pula dari perkataan Greek nemein iaitu untuk mengagihkan atau pengurusan (to distribute). Perkataan ekonomi didalam bahasa Greek oikonomia bermaksud pengurusan rumah tangga. Terdapat dua perkara yang berhubung dengan perkataan ini. Satunya yang bersifat peraturan yang tersusun seperti sistem alam cakerawala (calestial economy). Selebihnya ialah yang berkaitan dengan peraturan berhubung dengan hal ehwal manusia yang ada hubungannya dengan maksud akhir

Oleh yang demikian ekonomi boleh diklasifikasikan kepada empat bahagian utama

i) Sains kekayaan iaitu membicarakan bagaimana kekayaan dikeluarkan samaada untuk kegunaan manusia atau masyarakat seluruhnya

ii) Sains kebajikan sosial iaitu mengkaji dua aspek penting iaitu bagaimana manusia dengan kekayaan yang terhad, yang boleh diguna untuk beberapa tujuan, buat pilihan bagi memberi kepuasan kepada kehendak mereka yang tidak terhad. Cara pendekatan ini mementingkan :
a) Kehendak yang tidak terhad - Sifat asasi manusia
b) Kekayaan yang terhad - Sifat asasi tiaptiap ekonomi
c) Pilih satu kegunaan dari beberapa kegunaan, satu pilihan yang rasional - untuk
mendapat faedah dan keuntungan yang maksimum.

iii) Sains kebajikan material iaitu membicarakan kedua-dua aspek:
a) Kekayaan itu bagaimana ia dikeluarkan
b) Kebajikan material (kebendaan) - bagaimana kekayaan itu diagihkan dan digunakan oleh
manusia dalam satu-satu masyarakat.

iv) Sains pertumbuhan dan kestabilan adalah asek moden yang menitikberatkan pertumbuhan ekonomi, pembangunan ekonomi, kestabilan ekonomi kewangan, mengelak inflasi, mengelak pengangguran dan mencapai penggunaan tenaga penuh.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates