Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Saturday, July 25, 2009

Lihat Masalah Sebagai Cabaran Bukan Sebagai Masalah

Janganlah anda melihat setiap masalah yang datang sebagai satu bebanan yang besar dan masalah yang menakutkan. Lihatlah masalah itu sebagai satu cabaran untuk diatasi. Setiap kali kita berjaya mengatasi sesuatu masalah itu maka kita telah berjaya mengatasi kelemahan diri kita sendiri dan menjumpai satu formula mengatasinya.

Cubalah kita mengumpulkan formula mengatasi masalah kita itu setiap kali kita berhadapan dengan kesulitan. InsyaAllah kita mampu membantu dan memberi motivasi kepada orang lain. Oleh itu janganlah bimbang dalam berhadapan dengan masalah lagi selepas ini.

Tenangkan diri dan selamat memperoleh hidayah.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates