Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Saturday, July 25, 2009

Mencari Penawar Hati

Hati yang bersih datangnya dari nawaitu yang mulia dan untuk membersihkan hati juga adalah bermula dengan nawaitu yang betul. Tetapi bagaimana untuk mencari penawar bagi hati yang sakit. Sakit hati sekiranya tidak dirawat akan 'makan dalam' yang mana ia menyebabkan hidup tidak keruan dan tidak tenteram.

Sakit hati, hati terluka, pedih hati, pendam didalam hati, dan apa sahaja yang berkaitan dengan perasaan dalaman perlulah diberi penawar segera. Jika ia tidak dilaksanakan maka akan menyebabkan rosaknya pemikiran.

Beberapa jalan yang untuk menyempurnakan dan menyembuhkan hati. Antaranya:
-Redha dengan dugaan Allah.
-Jangan Berdendam.
-Banyakkan beristighfar dengan setiap kesukaran bala yang menimpa.
-Permudahkan kesulitan dan kurangkan permusuhan.
-Sentiasa mengingati bahawa penyakit hati ini selalunya menyusahkan dan ia jarang memberi kebaikan.
-Ingat akan balasan di akhirat
-Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Oleh itu pulihkan penyakit hati sebelum kita mati dalam kebinasaan.

Rujukan: Motivasi Diri, Datin Paduka Dr. Hajah Sharifah Mazlina

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates