Orang tua-tua selalu berkata, "Malu bertanya sesat jalan." Buang ego sejauh mungkin untuk bertanya walaupun dari orang yang jauh lebih muda dari kita atau lebih rendah taraf pendidikannya. Ingatlah setiap insan ada kelebihan dan kekurangan didalam dirinya.
Sekiranya kita bertanya apabila kita kehabisan idea, dalam kebuntuan, dalam dilema, tidak tahu jalan atau apa sahaja tiada apa yang ruginya perbuatan bertanya itu. Janganlah sekali kali merasa rendah diri.
Tidak ada soalan yang bodoh kecuali orang memperbodohkan soalan itu. Bertanyalah apa sahaja yang tersimpan di kotak fikiran dan terbuku di hati agar tiada kebuntuan dan kesesatan
Ring Ring Ringgit
9 years ago
0 comments:
Post a Comment