Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Saturday, August 1, 2009

Sejarah Pengaruh Skinhead

Skinhead adalah suatu sub-budaya yang lahir di London pada akhir tahun 1960an dan sekarang Skinhead telah tersebar ke seluruh belahan bumi. Nama Skinhead merujuk kepada para pengikut budaya ini yang rambutnya dipangkas botak. Meskipun skinhead banyak diasosiasikan dengan kelompok orang-orang yang rasis dan Neo-Nazi, namun skinhead yang sebenarnya tidaklan Neo-Nazi, kerana pada awalnya Skinhead adalah kaum tertindas dari kelas pekerja terutamanya buruh pelabuhan di London. Skinhead juga merujuk kepada kelompok remaja yang merupakan peminat muzik streetpunk dan juga punk.
Sejak tahun 1990 lagi, budaya Skinhead telah dibawa masuk ke Malaysia. Namun pada masa itu golongan Skinhead adalah terlalu kecil. Pada tahun 1992 budaya Skinhead telah berkembang, ini adalah kerana Singapura merupakan sumber maklumat tentang budaya Skinheads. Skinhead di Malaysia sering berulang alik dari Singapura ke Malaysia untuk mendapatkan maklumat tentang Skinheads. Pada mulanya golongan Punk Rock di Malaysia yang berperanan memperkembangkan budaya Skinheads. Ini adalah kerana pada masa itu masyarakat memandang serong tentang budaya Punk Rock.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates