Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 7, 2009

Hasan Al-Banna

RIWAYAT HIDUP


Hasan al-Banna adalah anak sulung di dalam keluarganya. Beliau dilahirkan di Mahmoodiah pada bulan Oktober, 1906 M. Takdir Allah telah menentukan kelahirannya itu supaya dapat mengisi kekosongan akibat kematian pemimpin Muslim Mesir yang berwibawa dan tercinta iaitu Mustafa Kamal. Tempat kelahiran beliau iaitu Mahmoodiah adalah merupakan sebuah perkampungan petani. Para penduduknya menjalani kehidupan yang bercorak tradisional. Keluarga Imam Hasan al-Banna sangat alim dalam ilmu Islam dan sejarah Islam. Keluarganya juga mengamalkan cara hidup Islam.

Di usia 12 tahun, Hasan al-Banna telah menghafal separuh isi al-Quran. Ayahnya, Syeikh Ahmad Al-Banna yang merupakan seorang ulama’ fiqh dan hadith, sentiasa memotivasi Hasan al-Banna agar melengkapi hafalannya ( Hery Sucipto 2003 : 236 ). Sejak itu, beliau mendisiplinkan kegiatannya menjadi empat tahap iaitu pada siang hari beliau belajar di sekolah, kemudian belajar membuat dan memperbaiki jam dengan orang tuanya sehingga petang, dari petang sehingga menjelang tidur beliau mengulangkaji pelajaran, sementara membaca dan mengulang hafalan al-Quran dilakukan setelah selesai solat subuh. Pada usia 14 tahun hasan al-Banna telah menghafal seluruh isi al-Quran (Syafiq A. Mughni 1999:195).


SYAHIDNYA HASAN AL-BANNA


Imam Hasan al-Banna menjalani kehidupan yang penuh cabaran semenjak kecil sehinggalah beliau menemui ajalnya. Hidupnya tiada rehat langsung. Keseluruhan hidupnya ditumpukan kepada perjuangan Islam dan kebajikan orang-orang Islam. Beliau khusyu’ beribadat kepada Allah dan selalu mengkaji al-Quran serta Hadith. Tokoh Islam yang hebat ini mati syahid ditembak pada 12 Februari, 1949 di Kaherah ketika berumur 43 tahun.

Syeikh Muhammad al-Ghazali, seorang ulama’ besar Mesir telah memuji Hasan al-Banna dengan berkata demikian : “ Peluru telah menembusi jasad Hasan al-Banna yang kurus dan lemah kerana banyak bersolat dan berzikir kepada Allah. Jasadnya itu juga penuh dengan debu lantaran pengembaraannya di jalan Allah. Dahinya melambangkan kebiasaannya dalam memberi pengorbanan-pengorbanan yang besar. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

Apabila seorang mukmin meninggal dunia, maka dia dibebaskan dari dunia dan dipindahkan ke dunia lain yang penuh nikmat dan kegembiraan “.



Rujukan


Ali Abdul Halim Mahmud. 1997. Ikhwanul Muslimin Konsep Gerakan Terpadu. Jakarta: Gema Insani Press.


Hasan al-Banna. 1990. Detik-detik Hidupku. Terj: Wan Jeffree Bin Wan Sulaiman. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.


Hery Sucipto. 2003.Ensiklopedia Tokoh Islam ( Dari Abu Bakar hingga Nasr dan Qardhawi). Jakarta: Penerbit Hikmah.


Syafiq Mughni. 1999. Tafsir al-Banna. Jakarta: Pustaka Progresiff

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates