Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 7, 2009

Ketokohan Al-Ghazali

Ketokohan al-Ghazali

Al Ghazali merupakan tokoh terkenal di dunia akademik antarabangsa. Namanya yang sebenar adalah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al Ghazali Tusi dan dirujuk dengan beberapa gelaran seperti Hujjat al-Islam dan Zayn al-Din. Beliau dilahirkan pada tafun 450 H/1058 M di Tabaran, iaitu sebuah kota di daerah Tus yang terletak dalam negeri Khurasan (Mohd Fauzi Hamat2005: 14).

Al-Ghazali berasal daripada keluarga yang berkedudukan sederhana dalam masyarakat yang menekankan aspek penghayatan ajaran Islam dalam melayari bahtera kehidupan mereka. Ayahnya bekerja sebagai penenun bulu binatang untuk dibuat pakaian yang kemudiannya dijual di kedai-kedai di kota Tus, Khurasan. Ayahandanya merupakan seorang lelaki yang soleh dan merupakan ahli Tasawuf yang tidak memakan melainkan daripada hasil kerja sendiri yang diusahakannya (Ibid)

Menurut sumber-sumber sejarah,al-Ghazali adalah berbangsa Parsi walaupun sebahagian besar bukunya ditulis dalam bahasa Arab. Beliau mempunyai seorang saudara lelaki yang bernama Ahmad dan beberapa orang saudara perempuan. Beliau telah kehilangan ayahnya semenjak dari kecil

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates