Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 7, 2009

Imam Al- Ghazali

Pengenalan


Al-Ghazali merupakan nama yang tidak asing lagi kepada pencinta ilmu Beliau merupakan seorang tokoh yang sangat kuat memperjuangkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan tanpa mengira siapa yang melakukannya termasuklah pemerintah di zamannya. Beliau melambangkan satu peribadi unggul yang menduduki tempat setaraf dengan tokoh agung yang lain dalam lapangan pemikiran Islam. Selain itu beliau juga terkenal sebagai imam yang mahir dalam bidang ilmu feqah, usul, akhlak, tarbiah, psikologi dan ilmu ekonomi. Beliau juga adalah imam beraliran salaf, ahli sufi dan tokoh islah.


Al-Ghazali berseorangan menyinsing lengan menentang golongan-golongan pelampau dan ekstrimis yang muncul di zamannya dan cuba mempengaruhi minda masyarakat Islam di zaman itu.


Sebagai manusia biasa, al-Ghazali tidak sunyi dari salah silap. Kesilapan beliau yang paling ketara ialah beliau memuatkan bebegitu banyak Hadith-hadith yang mauduk dan lemah dalam karya agungnya Ihya’ Ulumuddin. Ini terjadi kerana beliau tidak mempunyai kemahiran dalam bidang Hadith sebagaimana kepakaran beliau dalam bidang-bidang yang lain. Perkara ini diakui sendiri oleh beliau. Walaupun wujud kekurangan ini, namun kritikan yang diajukan oleh ulama’ adalah kritikan yang membina. Kedudukan al-Ghazali tetap tidak terjejas sebagai mana yang dinyatakan oleh Imam-Dhahabi. (Salih Ahmad al-Syami 2001: 2).

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates