Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Tuesday, August 4, 2009

Neraka dan Para Penghuninya

Siapakah penghuni neraka sebenarnya. Pasti ramai yang tertanya-tanya tetapi begitulah janji Allah kepada umat manusia bahawa sesungguhnya orang-orang yanag kekal abadi didalam neraka adalah golongan kafir dan mushrik. Ia telah disebut dalam firman Allah Surah al-A'raf ayat 36 yang bermaksud "Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, mereka itu penghuni-penghuni neraka dan mereka kekal didalamnya".

Begitu juga dengan surah Al-Anbiya' ayat 99 yang bermaksud "Andaikata berhala-berhala itu tuhan, tentu mereka tidak masuk ke neraka. Dan semuanya akan kekal didalamnya."

Menurut Abi Said, kematian akan didatangkan pada hari kiamat tidak ubah seperti kambing. Kematian itu menempatkan kedudukan diri antara syurga dan neraka. Kepada ahli syurga, ia bertanya: Tahukah kamu apakah yang kamu lihat itu?" Mereka menjawab "Ya kami tahu ini adalah kematian !"

Perasaan serupa juga diajukan kepada ahli neraka. Mereka pun menjawab: "Ya kami tahu. Itulah kematian..!"

Kematian yang seperti kambung tersebut lalu disembelih, kemudian diberitahukan kepada dua kelompok tersebut, bahawa selepas itu tidak ada lagi kematian dan yang ada adalah keabadian.

Disinilah ingin digambarkan keadaan kaum kafir musyrik dimana mereka akan kekal dineraka. Neraka adalah tempat tinggal mereka yang tetap. Ini telah dijelaskan didalam surah Yunus ayat 151 yang bermaksud "Tempat kembali mereka adalah neraka dan itulah seburuk buruk tempat tinggal orang-orang yang zalim".

Beberapa orang yang kerana kebesarannya mereka menjadi ahli neraka adalah
-Firaun
-Isteri nabi Luth dan isteri Nabi Nuh
-Abu Lahab
-Amar bin Amir Al-Ghazai
-Pembunuh Amar dan Thalabah

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates