Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 7, 2009

Ikhwan AL- Muslimin

KEMAJUAN GERAKAN IKHWANUL MUSLIMIN

Ikhwanul Muslimin telah memasuki satu tahap baru dalam arena politik. Kegiatan dan rancangannya telah berkembang luas dengan kadar yang luar biasa sekali. Ramai penuntut Universiti Al-Azhar dan Universiti Kaherah memasuki pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Di samping itu, buruh-buruh, para saudagar, guru-guru, doktor dan peguam juga turut memasuki pertubuhan ini.

Justeru itu, Ikhwanul Muslimin merupakan satu gerakan yang mewakili hampir semua peringkat masyarakat. Di samping usaha untuk membaiki keadaan ekonomi negara, Ikhwanul Muslimin juga terlibat di dalam kegiatan sukan dan latihan jasmani. Semua cawangan Ikhwanul Muslimin di Mesir mempunyai jentera pentadbiran yang tersusun rapi dan berjalan lancar. Akhirnya Ikhwanul Muslimin menjadi satu gerakan yang disegani



DASAR-DASAR PERTUBUHAN IKHWANUL MUSLIMIN


Fahaman ( fikrah ) dan Iman serta amali menjadi asas perpaduan dalam pertubuhan ini. Manakala penekanan Ikhwanul Muslimin ialah kepada pengislaman masyarakat Mesir seluruhnya. Ia juga berperanan mengesan kemungkaran-kemungkaran yang berlaku di dalam masyarakat dan mengemukakan cara-cara untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Pertubuhan ini berlandaskan rancangan-rancangan yang mencakupi setiap sudut pembaharuan masyarakat. Ikhwanul Muslimin adalah sebuah gerakan keagamaan kerana ia mempertahankan al-Quran dan as-Sunnah ( Wan Jaffree bin Wan Sulaiman 1990: 53 ). Ia bertujuan membentuk masyarakat menurut dasar-dasar Islam dan merupakan satu sistem Sunnah di mana setiap ahlinya berusaha dengan gigihnya untuk mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w. Ikhwanul Muslimin juga merupakan satu rangkaian tasawwuf kerana ia tahu bahawa setiap perkara yang baik itu berdasarkan taqwa dan kecintaan kepada Allah.

Hasan al-Banna menggunakan dasar-dasar tertentu dalam melaksanakan dakwahnya melalui pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Antara dasar tersebut ialah :

  • Menjadikan setiap orang perseorangan itu Muslim yang sebenar.
  • Mewujudkan keluarga Muslim yang sebenar.
  • Mendirikan sebuah Ummatul Muslimin ( masyarakat Islam ) yang sebenar.
  • Menegakkan sebuah negara Islam sejagat di Mesir.
  • Perpaduan ummah mesti dikekalkan.
  • Kesemua kumpulan perlu sepakat di semua perkara.
  • Kata-kata Imam Syafi’e seperti ini perlu dipegang, iaitu : “ Setiap kali saya bertikai dengan seseorang, saya sentiasa berharap agar Allah menjelaskan kebenaran melalui lidah lawan saya itu “.
  • Tujukan segala saranan yang baik kepada orang lain dan tujukan segala kesilapan kepada diri sendiri.
  • Mesti menghormati pendapat orang lain jika berlaku perbezaan pendapat.
  • Sebarang perbalahan perlu dielakkan.
  • Perlu bersatu ketika menentang musuh.
  • Ruang lingkup tindakan perlu diperluaskan.
  • Perlu ada rasa kasihan dan sedih kepada orang yang menyimpang dari jalan kebenaran. Janganlah mereka dikecam atau disindir.

TUJUAN PENDIDIKAN IKHWANUL MUSLIMIN.


Tujuan pendidikan program ini ditetapberatkan kepada Ikhwanul Muslimin dalam menetapkan pelabagai tujuan pendidikan pada pelbagai tingkatan, melalui dari tingkat individu, keluarga, lingkungan sosial masyarakat, pemerintahan, dunia Arab, dunia Islam dan jemaah Ikhwanul Muslimin sendiri.

Tinjauan objektif terhadap tujuan pendidikan ini akan membawa kita kepada program yang universal sehingga dapat dipraktikkan dalam kehidupan Islam di pelbagai situasi kerana prisip-prinsip Islam merupakan acuan utama program pendidikan ini. Ini bererti kemuliaan dan kesempurnaan Islam merupakan pendorong lahirnya program pendidikan Ikhwanul Muslimin.

0 comments:

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates