Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 7, 2009

Faktor-faktor murtad

Antara faktor-faktor berlakunya murtad adalah kerana kurangnya penguatkuasaan undang-undang di Malaysia. Ini kerana tiada peruntukan undang-undang dan kurangnya penguatkuasaan undang-undang mengenai penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam walaupun ada peruntukan perkara 11 (4).

Begitu juga dengan faktor Islam pada nama sahaja. Apa yang jelas disini penganut tidak mengamalkan ajaran Islam tetapi nama masih lagi Islam. Jika dilihat pada keputusan-keputusan kes mahkamah kebanyakan mereka adalah muallaf contohnya Dalip Kaur, Soon Singh, Ng Wan Chan, Md. Hakim Lee dan Lina Joy.

Selain itu juga faktor perangkap cinta daripada orang bukan Islam juga merupakan faktor terkuat mengapa ada yang murtad terutamanya wanita. Ini dapat dilihat didalam beberapa insiden seperti Nor Aisyah Bukhari dan Lina Joy.

Ajaran sesat juga merupakan faktor umat Islam sesat dari jalan kebenaran. Kebanyakan kes ajaran sesat seperti kerajaan langit, Rasul Melayu dan sebagainya telah berselindung dibawah peruntukkan Perkara 11 (1)

3 comments:

ummu farihah said...

ya amat tepat sekali penerangan saudara....
saya amt berminat dengan blog saudara....

Noor Hafizah said...

iu sedikit sebanyak yang dapat diberikan..input ni sebenarnya dari seminar murtad yang berlangsung di Shah Alam...terima kasih atas komen yang diberi....

Anonymous said...

assalammualaikum.. terima kasih atas infomasi tersebut..barakallahufi walakom filkhair..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates