Assalamualaikum..

Kepada semua sahabat yang sedang singgah di blog ana, sahabat dialu-alukan memberi comment didalam blog ini. Bukan sahaja dari sudut isi kandungan tetapi juga dari sudut teknikal blog yang telah dihasilkan. Segala comment sahabat insyaAllah amat saya hargai untuk menambah baik lagi blog ini. Blog ini merupakan tugasan atau assgmnt yang bakal di submit pada Oktober ini. Semoga blog ini sedikit sebanyak mampu memberikan ilmu tambahan kepada sahabat semua..

Sahabat juga dialu-alukan menjadi sebahagian daripada pengikut blog ini. Semua yang baik adalah dari Allah dan yang buruk adalah hasil kelemahan diri saya. Selamat Berpuasa

WASSALAM

Friday, August 7, 2009

Isteri-isteri Rasulullah

ISTERI-ISTERI RASULULLAH

Perempuan-perempuan yang bernikah dengan Rasulullah s.a.w. kesemuanya adalah tiga belas orang wanita. Sebelah daripadanya pernah tinggal bersama dengan baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya dicerai sebelum mereka disetubuhi.

1) Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a

Beliau adalah merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang pertama. Terpengaruh dengan budi pekerti Rasulullah s.a.w. yang tinggi melalui urusan perniagaan yang diamanah kepada baginda, juga melalui keterangan-keterangan Maisarah hambanya, maka beliau telah meminang Rasulullah s.a.w. dan pinangan tersebut telah dipersetujui oleh baginda.

Sewaktu bernikah dengan Rasulullah s.a.w. umur Khadijah telah menjangkauempat puluh tahun, manakala Rasulullah s.a.w. pada ketika itu baru berumur dua puluh lima tahun. Rasulullah s.a.w. hidup bersama Khadijah sebagai suami isteri dalam keadaan yang bahagia selama dua puluh lima tahun iaitu lima belas tahun sebelum nabi diutus menjadi rasul. Dan sepuluh tahun selepasnya, iaitu sehingga wafatnya Saidatuna Khadijah Ummul Mukminin r.a kira-kira tiga tahun sebelum hijrah.

Beliau adalah isteri Rasulullah s.a.w. yang tidak pernah dimadukan, kerana kesemua isterinya yang dimadukan berlaku selepas wafatnya Saidatuna Khadijah r.a. Sebagai mas kahwin, Rasulullah s.a.w. telah memberi kepadanya sebanyak dua puluh kumpulan anak unta, dan upacara perkahwinan itu dilakukan oleh ayahnya iaitu Khuwailid, dan ada pula riwayat yang mengatakan upacara perkahwinan dilakukan oleh saudaranya Amr bin Khuwailid.

2) Saudah bt. Zam’ah al- Qurasiyah r.a

Perkahwinan ini berlaku setelah wafatnya Saidatuna Khadijah dalam bulan itu juga. Saudah r.a. adalh seorang janda tua. Suaminya yang pertama ialah al-Sakran bin Amr. Saudah dan suaminya adalah antara mereka yang pernah berhijrah ke Habsyah. Apabial suaminya meninggal dunia setelah pulang dari Habsyah, maka rasulullah s.a.w. telah mengambilnya menjadi isteri untuk memberi perlindungan kepadanya dan memberi penilaian yang tinggi kepada suaminya yang telah terkorban menegakkan agama Allah.

Upacara perkahwinan telah dilakukan oleh Salit bin Amr. Dalam riwayat lain dinyatakan bahawa upacara itu dilakukan oleh Hatib bin Amr. Maskahwinnya ialah empat ratus dirham.

3) A’isyah bt Abi Bakr r.a

Akad nikah dilakukan di Mekah sebelum daripada Hijrah, tetapi setelah wafatnya Saidatuna Khadijah dan setelah Rasulullah s.a.w berkahwin dengan Saudah. Saidatuna A’isyah pada ketika itu baru berumur tujuh tahun. Rasulullah s.a.w. tidak tinggal bersamanya sebagai suami isteri melainkan setelah berhijrah ke Madinah. Saidatuna A’isyah pada ketika itu berumur sembilan tahun, manakala baginda pada ketika itu telah berumur lima puluh tiga tahun. Saidatuna A’isyah adalah isteri baginda yang tunggal dikahwininya semasa gadis. Upacara perkahwinan itu dilakukan oleh ayahnya Abu Bakr as-Siddiq r.a dengan mas kahwin sebanyak empat ratus dirham.

4) Hafsah bt. Umur bin al-Khattab r.a.

Beliau adalh seorang janda. Suaminya yang pertama ialah Khunais bin Hudhafal al-Sahmiy yang meninggal dunia selepas peperangan Badar. Apabial suaminya meninggal dunia, ayahnya Saidina Umar telah mempelawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq untuk dijadikannya menantu dengan mengahwinkan anaknya Hafsah, tetapi Saidina Abu baker tidak menunjukkan sebarang reaksi, kemudian dipelawakan pula kepada Saidina Uthman bin Affan, maka beliau tidak menunjukkan sebarang reaksi. Sikap kedua-dua sahabat meninggalkan kesan yang amat mendalam ke dalam jiwa Saidina Umar sehingga beliau terpaksa menyatakan perkara itu kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai simpati kepadanya maka Rasulullah mengambil Hafsah menjadi isterinya.

5) Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a.

Beliau adalah seorang janda tua yang telah mempunyai empat orang anak denga suami pertamanya yang bernama Abdullah bin Abd al-Asad. Kerana menghargai jasa suaminya yang terkorban dan saudara sepupunya cedera dalam peperangan Uhud maka Rasulullah s.a.w. melamarnya. Pada permulaanya, beliau enggan menerima lamaran itu dengan alas an bahawa usianya telah lanjut. Alasan itu juga telah digunakan ketika menolak pinangan Sayidina Abu Bakar as-Siddiq dan Sayidina Umar bin Khattab yang terdahulu daripada itu. Tetapi apabila Rasulullah s.a.w. melamarnya pada kali kedua, maka beliau menerima lamaran itu. Mas kahwinnya adalah sekeping tilam, dan mangkuk dari sebuah pengisar tepung.

6) Ummu Habibah ramlah bt. Abi Suffian r.a.

Beliau juga adalah seorang janda. Suaminya yang pertama ialah Ubaidullah bin Jahsyin al-Asadiy. Beliau dan isterinya adalah antara mereka yang berhijrah ke Habsyah. Ubaidullah meninggal dunia di tanah perantauan. Untuk menghindarkan sebarang fitnah dan untuk memberi perlindunga kepadanya, amak melalui al-Najasyi Rasulullah s.a.w. melamarnya. Upacara perkahwinan dilakukan oleh khalid bin Said al-As, dan mas kahwinnya sebanyak empat ratus dibayar bagi pihak Rasulullah s.a.w. oleh al-Najasyi.

7) Juwairiyah (Barrah) bt. Harith

Ayahnya adalah ketua puak bani al-Mustaliq yang telah mengumpulkan bala tenteranya untuk memerangi Rasulullah s.a.w. dalam peperangan al- Muraisi’ atau Bani al-Mustaliq, dan telah tewas dalam peperangan itu. Akibatnya banyaklah daripada kaumnya telah ditawan oleh orang Islam, antaranya Barrah atau Juwairiah yang telah ditawan oleh Thabit bin Qais bin al-Syammas al-Ansariy dan kemudian menebusnya dengan sembilam tahil emas. Beliau pergi berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk memohon pertolongan membebaskan dirinya. Dalam pertemuan itu, Raulullah menyatakan kesanggupannya untuk membayar harga tebusan itu dan seterusnya mengahwininya. Saranan itu talah diterima dengan senang hati..

8) Safiyah bt. Huyay

Beliau telah ditawan setelah suaminya yang berketurunan Yahudi terbunuh dalam peperangan Khaibar. Segolongan daripada para sahabat menyatakan bahawa beliau hanya layak dijadikan hamba kepada Rasulullah s.a.w. memandangkan kedudukan bapanya Huyay yang merupakan ketua Bani Quraizah. Tetapi Rasulullah s.a.w. disamping merestui pandangan mereka, baginda mempunyai pandangan yang lain iaitu memerdekakannya dan kemudian memberi pilihan kepadanya samaada mahu menjadi isteri baginda atau pulang kepada kaum keluarganya dan Safiyah telah memilih untuk menjadi isteri kepada Rasulullah.

9) Zainab bt. Jansyin

Beliau adalah isteri kepada Zaid bin Harithah, yang mana pada suatu ketika beliau merupakan seorang hamba dan kemudiannya telah menjadi anak angkat rasulullah s.a.w. setelah ia dimerdekakannya. Keadaan rumahtangga Zaid tidaklah menggembirakan kerana isterinya tidak patuh kepada kepimpinannya malah selalu melakukan tindakan berbangga dengan keturunannya, dan menyatakan bahawa ia tidak pernah menjadi hamba. Maka Zaid mengambil jalan dengan menceraikannya. Akhirnya Rasulullah telah mengambil Zainab untuk diperisterikannya. Upacara perkahwinan telah dilakukan oleh al-Abbas bin Abd al- Mutalib dan mas kahwinnya yang bernilai sebayak empat ratus dirham itu dibayar bagi pihak Rasulullah s.a.w. oleh beliau sendiri.

10) Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah.

Beliau telah dikahwinkan dengan Rasulullah s.a.w. tetapi dengan sebab beliau menghidap penyakit sopak, maka Rasulullah s.a.w. telah menceraikannya dan menghantarkannya pulang kepada keluarganya sebelum tinggal bersama dengannya sebagai suami isteri.

11) Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah

Sewaktu berkahwin dengan Rasulullah s.a.w. beliau baru sahaja menganut agama Islam. Pada ketika beliau menemui baginda, beliau melafazkan perkataan seperti yang bermaksud “Aku mohon perlindungan dengan Allah daripada engkau”. Setelah mendengar perkataan sedemikian maka Rasulullah berkata “Seorang yang degil yang berlindung dengan Allah daripada aku, seterusnya baginda mengambil tindakan menceraikannya dan mengembalikannya kepada keluarganya.

Kesemua isteri Rasulullah yang pernah hidup bersama sebagai suami isteri denganya meninggal setelah baginda wafat, kecuali dua orang sahaja iaitu Saidatuna Khadijah bt. Khuwailid dan Zainab bt. Khuzaimah.

1 comments:

TeFaL LOveRs said...

Assalamualaikum.. Saja nak dptkan kepastian.. boleh beri dari mana saudari dapat infor berkenaan Asma' dan Umrah? Sebab terdapat percanggahan dengan majalah islam ini.. http://asysyariah.com/asma.html

Mohon penerangan..Wallahualam..

Post a Comment

Template by:
Free Blog Templates